Sunday, 5 February 2012

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum w.b.t. wahai para blogger sekalian ! Salam Maulidur Rasul . Rasa nya dah lama gila aku tak update blog aku neh . Kesian blog neh dah bersarang dah pun . Biasalah tuh , budak asrama . Lagipun aku memang pemalas sikit bab bab nak type neh . Ikut mood lah . Btw , aku sgat lah busy kat maktab sepanjang 2 , 3 minggu neh . Haiyo , taktahu lah busy buat apa tapi conclusion nya mmg busy lah smpai hw aku pun semua aku tiru org . Ya Allah , bila lah aku nak start buat hw sendiri neh . Aku dah penat dah dgan hidup mcm neh . Cukup lah dgan MICE utk tahun neh . Habis MICE ,aku nak fokus study lak sbb aku tak rasa aku ada belajar papea dlam masa sebulan lebih neh . Ya Rabbi Ya Karim , kau berilah aku kekuatan utk menghadapi dugaan dan cabaran yg mendatang didunia dan diakhirat . InsyaAllah . Aminn

So , sbenarnya post neh khas utk Maulidur Rasul tapi tah mcm mana boleh melalut pasal hidup aku kat mktab pulak . Hee sorry . Jadi pada hari ini , umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


Tapi dunia sekarang sngat menyedihkan (pergi mati lah ayat aku skema kea apa) . Kenapa aku ckap mcm tuh ? Sebab sekarang lagi ramai yg sibuk nak smbut Thaipusam drpd sambut Maulidur Rasul . Boleh tgok kat fb kea mana mana kea , sngat sikit org yg nak ckap 'Salam Maulidur Rasul' tapi sgat ramai yg nak update status bukan bukan . Where goes their manners ? Mungkin diorang malu , almaklum lah kalau smbut maulidur rasul rasa mcm budak nerd lah pulak kan ? MasyaAllah , kau sucikanlah hati rakan rakan ku yg berfikiran sebegini ya Allah .

Aku tak alim nak ckap pasal Islam tapi ilmu tuh ada dan tak wajar lah kalau aku nak simpan sorang sorang . Aku pun still trying nak sempurnakan diri aku , jadi muslimah yg betul tapi biasalah bila kita nak berubah jea , confirm ada org akan mengata belakang . Haihh . Ya Allah , kau ampunkanlah dosa mereka ya Allah , sesungguhnya mereka tidak mengetahui apa yg Engkau ketahui .

Semoga hari hari yg mendatang lebih baik drpd hari ini . Salam .

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home